Motto,Visi dan Misi

Pautan Rasmi

 

     

Sejarah

Sejarah Penubuhan

Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1965 yang menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Tendong (Sekolah Kebangsaan Othman Talib).

Pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan. Ini bersesuainya dengan dasar kerajaan pada masa itu untuk menjadikan sesebuah sekolah itu mempunyai beberapa jurusan/aliran pengajian.

Sekolah ini telah memilih jurusan pertanian sebagai aliran pengajiannya. Kemudian nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Tendong kerana matlamatnya untuk pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga sahaja.

Perkembangan Fizikal

Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya menumpang dibangunan Sekolah Kebangsaan Tendong. Pada tahun 1970 barulah sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Pada mulanya hanya ada dua blok bangunan untuk kegunaan pentadbiran dan pembelajaran. Kini 2003 sekolah ini berkembang pesat dari segi fizikalnya. Ia mempunyai 12 blok bangunan iaitu 2 blok bangunan 3 tingkat,3 blok bangunan 2 tingkat, 2 blok bangunan 4 tingkat,1 blok bangunan 1 tingkat, 1 blok bangunan 1 tingkat pusat sumber, 1 blok bangunan 1 tingkat APD, 1 blok bangunan 1 tingkat (Pendidikan Seni, SAL, Unit Matematik), 1 bangunan dewan besar dan 1 buah mussalla.

Guru

Encik Othman B Ismail, guru besar yang pertama sekolah ini dan dibantu oleh 2 orang guru iaitu En Zakaria B Awang Ngah dan Cik Khoo Kin Lai. Pada tahun 1970 bilangan guru, telah bertambah daripada 12 kepada 14 orang. 5 tahun kemudian guru di sekolah ini telah bertambah menjadi 43 orang. Tahun 1985 terdapat 58 orang guru, bertambah seramai 44 orang setelah 20 tahun sekolah ini dibuka. Kini 2003 terdapat 106 orang guru sedang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong.

Facebook

Waktu Solat

Maklumat Pelawat

019288
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
34
36
70
18842
810
1060
19288

Pautan




Hubungi Kami

Sekolah Men. Keb. Tendong

17030 Pasir Mas
Kelantan Darul Naim

Emel: smkten08@streamyx.com
Emel: tendong@smktendong.edu.my
Tel: 09-7198429
Faks: 09-7191449

Pesanan Ringkas