Motto,Visi dan Misi

Pautan Rasmi

 

     

Sekolah Lestari

PENGENALAN

Taman Lestari merupakan taman sumber Hutan Hujan Tropika (Hutan Khatulistiwa) yang dibina oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong dengan kerjasama PIBG. Luas taman ini kira-kira 270 kaki² (25.08 meter2) yang ditanami dengan pelbagai jenis tumbuhan semulajadi. Idea penubuhan Taman Lestari ini merupakan satu idea yang baik dan sesuai dengan keadaan semasa di mana hutan merupakan habitat flora dan fauna serta sumber semulajadi dan negara yang amat berharga dan semakin diancam kepupusan. Melalui Taman Lestari ini juga proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutama subjek Geografi diharap dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan serta untuk rujukan umum.

Taman Lestari juga akan dijadikan bahan kajian ilmiah kepada para pelajar khususnya bagi pelajar geografi kerana di taman ini terdapat lebih kurang 66 jenis spesies pokok Hutan Hujan Tropika seperti tumbuhan herba, pokok kayu keras untuk pembalakan, perubatan dan pelbagai spesies pokok hutan yang terdapat di negara kita. Usaha ini akan menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong salah satu sekolah dalam taman yang menjadi idaman kepada semua sekolah di Malaysia.

MATLAMAT

  • Memupuk minat pelajar menanam pokok di persekitaran mereka
  • Mewujudkan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar
  • Melahirkan individu ekonomi yang mapan terutama ketika berhadapan dengan kepentingan alam sekitar
  • Mewujudkan persekitaran bersih dan sihat kerana tumbuhan merupakan alat penapis semulajadi yang penting di mana pokok adalah agen pembekal oksigen dan penyerap karbon dioksida yang utama.
  • Membantu secara tidak langsung kepada negara dalam menghadapi krisis kepupusan sumber.

RASIONAL/OBJEKTIF

  • Menjadikan Taman Lestari sebagai Taman Sumber Alam Semulajadi
  • Menjadikan Taman Lestari sebagai antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama dalam subjek geografi.
  • Memupuk minat tentang tumbuhan Hutan Hujan Tropika di kalangan para pelajar
  • Menggalakkan sikap ingin tahu dan eksplorasi pelajar tentang tumbuhan semulajadi yang terdapat di negara kita
  • Untuk memperkenalkan kepada semua pelajar tentang pelbagai jenis tumbuhan herba, tumbuhan balak, perubatan dan sebagainya yang terdapat di hutan dan di sekitar rumah kediaman.
  • Memupuk minat cintakan alam sekitar di kalangan para pelajar.
  • Bagi merealisasikan sekolah dalam taman
  • Bagi memberi kefahaman kepada para pelajar tentang kepentingan hutan sebagai satu sumber ekonomi dan keseimbangan ekologi negara.
  • Sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum di sekolah.

FUNGSI

  • Tempat menjalankan aktiviti P&P dan ko kurikulum.
  • Menarik minat pelajar dan guru menimba ilmu secara amali
  • Praktikal mata iaitu melihat dan mengenali tumbuhan secara tak langsung pada setiap masa
  • Mengindahkan alam sekitar sekolah dengan sumber flora (biodiversiti)
  • Menyederhanakan dan mengimbangi iklim mikro

Facebook

Waktu Solat

Maklumat Pelawat

019267
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Keseluruhan
13
36
49
18842
789
1060
19267

Pautan




Hubungi Kami

Sekolah Men. Keb. Tendong

17030 Pasir Mas
Kelantan Darul Naim

Emel: smkten08@streamyx.com
Emel: tendong@smktendong.edu.my
Tel: 09-7198429
Faks: 09-7191449

Pesanan Ringkas